I APPRECIATE THEM..
Friday, June 19, 2009
DRAMA COMPETITON...
Wednesday, June 17, 2009
SCHOOL OF ISLAMIC STUDIES.....come follow this blog..
i'm taking 12 subjects for 1st year(SEMESTER 1 + SEMESTER 2).. i've arranged this jadual very extra carefully.my classes in the morning and in evening so that i'll be free for the rest of the day. .I think i've made it clear here kan. and to make things clear lagi, , went back home and go to class and went home. so far i havent missed any of the lecture yet.. so if any of u care so much about my classes, i'm suggesting u not to worry so much because i've been going to class every day.This sem is going to be long and hard. i dont need any interference from outside. i really need motivation. i've been reading people's blog to see how determined you guys are and in a way, it helps. later, i'll be showered with tons of my subject, assignments, presentation and my result(3.45)..not bad actually.. i hope i'll be fine troughout all the 3rd trimester..AMIN...
@SUBJECT IN SEMESTER 1@
- SYARIAH
- AKIDAH
- ENGLISH 1
- INTRODUCTION OF COMPUTER
- BAHASA ARAB
@SUBJECT IN SEMESTER 2@
- USUL FIQH
- FIQH MUAMALAT
- ENGLISH 2
- PENGAJIAN AL QURAN DAN TAFSIR
- PENGAJIAN MALAYSIA
- CO-CURICULUM
- UNDANG-UNDANG DAN KEHAKIMAN MALAYSIA
i would like to show u example of my subject.....
1)USUL FIQH
- LAFAZ HARAM
- BAHAGIAN HARAM
-PENGENALAN(pengguguran haram)
- DEFINISI
- MAKNA KATA
- STATISTIK
- KOMPLIKASI
-SIAPA MELAKUKAN PENGGUGURAN
- ALASAN PENGGUGURAN
- SEJARAH MANUSIA
-MENGGUGURKAN KANDUNGAN(bagaimana caranya)
HARAM
Haram ialah khitab Allah yang menuntut supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan secara pasti.Iaitu sesuatu perbuatan yang diberikan pahala apabila menjauhinya dan berdosa serta mendapat seksa jika dilakukan.Erti kata lain bermaksud:Larangan Allah yang pasti tehadap sesuatu perbuatan,samada ia ditunjuki memalui dalil qat’i atau zanni.Seperti hadis Mutawatir atau Ahad.
LAFAZ HARAM
Apabila diteliti keadaan tahrim didapati khitab syarak yang menuntut mukallaf meninggalkan dan menjauhi sesuatu dengan berbagai bentuk,antaranya ialah:
Ø Lafaz Haram(sebagaimana firman Allah)
Terjemahan..Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan(perempuan-peremuan berikut):ibu-ibu kamu
Ø Lafaz nafi halal(sebagaimana firman Allah)
Terjemahan..Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya)dua kali.Sesudah bolehlah ia (rujuk dan) dipegang terus (isterinya itu)dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya)dengan cara yang baik.Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu)
Ø Lafaz tegahan atau nahi(sebagaimana firman Allah)
Terjemahan..Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang melakukan kezaliman,maka (kalau kamu berlaku demikian),api neraka akan membakar kamu.
Ø Suruhan supaya menjauhi dan meninggalkan(sebagaimana firman Allah)
Terjemahan..Maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala,serta jauhilah perkataan yang kotor.
Ø Menjelaskan sesutu perbuatan itu mengandungi dosa(sebagaimana firman Allah)
Terjemahan..Kemudian sesiapa yang mengubah sesuatu wasiat sesudah ia mendengarnya,maka sesungguhnya dosanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya.
Menurut ulama mazhab Hanafi,haram hanyalah perkara yang ditetapkan supaya menjauhi secara pasti dengan dalil qat’i sahaja,iaitu:Al-quran,Hadis Mutawatir dan Hadis Masyhur.Sesiapa mengingkarinya adalh kufur.Seperti:Haram minum arak dan berzina.Hal itu tidak dipermudahkan menetapkan hukum haram.Hujah mereka berdasarkan firman Allah.
Terjemahan..Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu;ini halal dan ini haram,untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah;sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
Sebagai rumusannya,tahrim ialah khitab Allah yang meminta meninggalkan sesutau perbuatan dengan tuntutan secara pasti melalui dalil qat’i.contoh firman Allah..
Terjemahan..Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut papa.
BAHAGIAN HARAM
Landasan hukum haram kerana terdapatnya mudarat dan bahaya yang jelas.Untuk itu,setiap perkara yanh diharamkan itu pasti ada bahaya dan mudaratnya,manakala perbuatan yang diharuskan dan diperintahkan oleh syarak pasti mengandungi manfaat.Atas dasar tersebut hukum haram terbahagi kepada dua kategori,iaitu:
HARAM LIZATIH
Iaitu perbuatan yang diharamkan oleh Allah disebabkan bahya dan mudarat terhadap sesuatu perbuatan itu sendiri.Erti kata lain,ia bermaksud sesuatu perkara yang diharamkan semenjak asal disebabkan mengandungi kemudaratan dan kesan tidak baik yang tidak dapat dipisahkan daripadanya.Contohnya:Berzina dan mencuri.
Sebagai rumusannya,pengharaman tersebut berlaku pada zat perbuatan itu sendiri,bukan sebab lain.Dimana bahayanya mempunyai kaitan langsung dengan lima perkara yang seharusnya dijaga.Iaitu:Jiwa,keturunan,harta banda,akal dan agama.
HARAM LIGHAIRIH
Iaitu perbuatan yang ditegah oleh syarak,dimana adanya tegahan bukan terletak pada perbuatan itu sendiri yang dinamakan juga dengan haram li’ardih.iaitu haram kerana sebab lain atau sebab yang mendatang.Erti kata lain,bermaksud sesuatu hukum yang asalnya adalah wajib atau sunat atau harus,namun selepas itu terdapat sesuatu faktor atau sebab yang mengharamkannya.Contohnya:
a)Jual beli ketika berkumandang azan kedua Jumaat.Jual beli itu sendiri tidak diharamkan,namun berlaku serentak waktu menunaikan sembahyang,ia di haramkan.Sebagaiman firman Allah.
Terjemahan..Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat,maka bersegerahlah kamu pergi (ke masjid) atau mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu)
b)Haram mengadakan poligami dengan wanita yang ada hubungan mahram.Kerana menyebabkan putusnya hubungan persaudaraan yang ditegah Allah.Sedangkan memutuskan tali persaudaraan itu diharamkan kerana zatnya.Sebagaimana sabda Baginda,
Maksudnya..Seseorang perempuan itu tidak boleh dikahwini bersama emak saudaranya sebelah bapaatau emak saudara sebelah ibu dan anak saudara dari adik beradik lelaki dan anak saudara dari adik-beradik perempuan.
2 )PENGAJIAN AL QURAN DAN TAFSIR
Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.
Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.
3 )FIQH MUAMALAT
APAKAH ITU ETIKA PERNIAGAAN?
Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek `Ethos' yang memberi maksud `Code Of Human Conduct' atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu apabila disebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan.
SUMBER ETIKA PERNIAGAAN
Etika perniagaan adalah diperolehi daripada dua sumber utama hukum Islam iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah. Sabda Rasullulah "Aku tinggalkan kerana 2 perkara sekiranya kamu pegang kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Selain daripada itu ia juga dibincangkan oleh ulama'-ulama' dalam satu cabang daripada ilmu fiqh iaitu fiqh al-mu'amalat.
Secara umumnya adalah penting untuk kita memahami maqa'sid al-shari'ah atau tujuan shariah untuk menentukan bentuk dan kandungan kegiatan perniagaan kita (apa yang hendak dikeluarkan, bagaimana dan mengapa).
Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan kita akan diredhai oleh Allah. Kita perlu menjawab soalan-soalan ini dengan berpandukan etika perniagaan Islam:
1. Bolehkah perkhidmatan atau barangan ini dikeluarkan? Kalau tidak boleh kenapa?
2. Kalau boleh, adakah kandungan barangan tersebut dibenarkan dari sudut halal atau haramnya, dan dari sudut kualiti agar ia tidak merosakkan kesihatan akal dan jasmani pengguna.
3. Adakah cara pemasaran barangan dan perkhidmatan tersebut bertentangan dengan etika Islam?
4. Adakah upah yang diberikan kepada pekerja kita berpatutan dengan kerja yang dibuat? Bagaimana dengan suasana pekrjaan, adakah sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti?
5. Adakah kerja memproses barangan dan perkhidmatan memberi kesan negatif kepada alam sekitar?
6. Adakah pembiayaan kewangan bagi mengeluarkan barangan atau menyediakan perkhidmatan tersebut sesuai dengan prinsip islam?
@Example of my courses presentation@
1)ENGLISH 2
ABORTION
Abortion is legal in this country until the day of birth! Many people do not know this. If you tell them, they refuse to believe it. Yet, the fact remains that a woman can legally abort her baby at any time during her pregnancy. The only thing that changes is the method and the cost. Since abortion was legalized in 1973, approximately 1,500,000 babies have been aborted each year. One out of six women in this country have had abortions. Many times, they were not told about the procedure or the risks involved. They were most likely not informed about the development of the unborn baby inside of them
Any surgical procedure has risks. This is especially true of abortion. In a paper put out by the Family Planning Associates Medical Group, a group of abortion clinics in Southern California, the following risks are described:
l"However, it is clear to us that even when the surgeon is highly skilled and experienced in the method of dilation and extraction (D & E abortion) that there is a risk of perforation of the uterus either by the instruments or by the fetal tissue itself."
i think that's all for today...i'll continue later..THANKS