Bagi kaum wanita di luar sana, susah tak untuk korang mencari teman lelaki atau bakal suami yang almost perfect dan baik? Mungkin bak kata pepatah Inggeris, ‘like looking for a needle in a haystack’ atau terjemahannya ‘ibarat mencari jarum di dalam timbunan jerami’…huhu : -). Semua wanita nakkan bakal suami yang baik walaupun tak perfect, betul tak? Almaklumlah kerana lelaki itu akan menjadi ketua rumahtangga dan juga pelindung kepada isteri dan anak-anaknya kelak.
Pada zaman sekarang nie, agak sukar bagi seseorang wanita itu untuk mencari calon suami yang baik dan soleh, so wanita akan berfikir dua tiga kali sebelum mendirikan rumahtangga. Anyway, jom baca apakah ciri-ciri lelaki-lelaki yang akan dijauhi wanita …
1. Terlalu kedekut – lelaki camnie bahaya jugak nie. Ala-ala Tn. Hj. Bakhil macam dalam citer Labu-Labi tue la katakan:-) Actually, tak salah kalau you simpan duit sebab nak tukar kereta baru ker, rumah baru ker (jangan tukar bini baru, sudah:-p) Cuma jangan terlalu kedekut la sampaikan setiap kali keluar dengan si buah hati, si dia pulak yang kena bayar untuk segala-galanya. Tak adillah namanya tu kan? Anyway, kalau anda tengah saving pun, harap-harap ada la sikit bajet untuk digunakan semasa keluar dating, kan?
2. Hipokrit – ataupun suka berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar… and then it’s up to the lady whether to accept you or not, right?
3. Perasan hensem – hoho… ada ke lelaki camnie? Jawapannya… ader! Mungkin jugak jejaka yang mengaku hensem tu memang betul-betul hensem:-) Kalau iye pun, janganlah pulak anda menunjuk-nunjuk dengan anugerah yang diberi Allah s.w.t. tue. Bersyukurlah dengan aset yang anda miliki dan jangan menyalahgunakannya. Satu yang perlu anda tahu, mungkin anda perasan anda hensem, tapi bagaimana pulak di mata orang lain? Anyway, kehenseman seseorang tidak dapat menjamin kebahagiaan…beb!
4. Playboy – ah ha… wanita kena berjaga-jaga sikit dengan lelaki playboy atau ‘land croc’ a.k.a buaya darat’ nie.. huhu. Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…
5. Tak gentleman - aku bukan maksudkan ‘lelaki lembut’… sebaliknya istilah ‘gentleman’ tu bermaksud lelaki budiman. So, jangan salah faham pulak..:-) Sesetengah orang kata lelaki Malaysia nie ramai yang tak ‘gentleman’… betul ker? Cuba tanya diri sendiri soalan2 nie: Ketika tengah berasak-asak untuk naik bas, anda pun turut berasak sama ke atau bagi peluang kepada wanita dan golongan tua naik dahulu? Pernah tak anda membuka pintu kereta untuk teman wanita/isteri anda? Anda pernah ‘offer’ untuk angkat barang-barang ketika shopping? Ketika berjalan bersama-sama, anda akan pimpin tak tangan orang kesayangan anda? Ke anda just jalan terus jer…hinggakan jika kekasih terjatuh ke dalam lubang pun… korang tak sedar…Hmmm… bagaimana? So, guys… belajar2 lah untuk menjadi seorang lelaki budiman. Gerenti ramai wanita yang akan tertarik pada anda nanti!
P/S:Padanlah wanita pada zaman ini sukar sekali untuk bertemu pasangan mereka, kan? Bagi lelaki di luar sana pulak, khususnya kepada mereka yang ada menyerupai ciri-ciri di atas, harap mengambil iktibar daripada apa yang nak disampaikan di atas, okey :-)
1. Bukankah ayah menggendong kamu sejak kamu masih bayi? Tapi baiklah nak, asal kamu ingat untuk menjaga kami bile hari tue kami.
2. Andai kamu melihat apa yang kami lihat, kau akan berharap tetap berada di rahim ibumu. Tapi baiklah nak, asalkan kau dapat menjaga pandanganmu.
3. Bila waktu di dunia ini tak terbatas, tak ada tempat kami ingin habiskan kecuali bersamamu, nak. Tapi baiklah, asal kau tak bosan menjelaskan apa yang kami cube untuk jelaskan pada hari tue kami.
4. Lalu kami memperlakukan kamu agar kamu tak perlu tahu bagaimana buruknya kami diperlakukan. Tapi baiklah nak, asal kamu tahu bagaimana memperlakukan kami saat kami tak mampu lagi memperlakukan kamu dengan baik.
5. Bukankah kami sudah berikan segalanya agar kamu menjadi sesuatu yang tak hanya berharga di mata kami, tapi di mata orang lain? Tapi sanggupkah kau berikan segalanya agar kami tak kesepian di hari tua?
6. Kami ingat memuji kamu selalu di waktu kecil hanya untuk hal-hal sederhana seperti mengucap huruf dari A sampai Z, berhitung dari satu sampai sepuluh. Namun pernahkah kamu memuji kami untuk hal-hal sederhana seperti mengantarkan kamu ke sekolah, menyiapkan makan malammu, atau menemani kamu tidur di waktu malam?
7. Kami tak akan mengganggumu mengambil keputusan nak, kami hanya orang tua yang memberimu saranana agar tidak bernasib seperti kami di masa depan. Tapi baiklah nak, selama kau tak keluar dari akidah…
8. Baiklah nak, tetapi jika aku tak boleh melakukan segalanya untukmu, mengapa kau marah dan merajuk ketika tak mendapatkan apa yang kau inginkan ketika kami tak mampu memberikan?
9. Bagi kami kebahagian kami haruslah menjadi kebahagiaan kamu juga nak, tetapi baiklah kalau kau menganggap kebahagiaanmu harus menjadi milikmu sendiri.
10. Sudah mampukah kamu mengikuti shalat tahajud ayah, sementara kamu tertidur lelap? Adakah kamu di rumah saat ayah shalat dhuha? Kaulah yang katakan kepada ayah bagaimana harusnya kau mengikuti ayah dalam beribadah.
p/s : SEBAGAI ANAK..HORMATILAH DAN SAYANGILAH IBU DAN AYAH KITER SELAGI MEREKA MASIH BERNAFAS DI MUKE BUMI INI....jadilah keluarga yang bahagia ...amin
1. Tangan saya masih kecil. Tolong jangan mengharapkan kesempurnaan setiap kali saya kemas tempat tidur atau melempar bola. Kaki saya masih pendek. Tolong ajar saya perlahan2 agar saya boleh berjalan bersama mak dan ayah.
2. Mata saya belum melihat dunia seperti yang Ayah atau mak lihat. Tolong izinkan saya mengenalinya secara aman. Jangan halang dengan halangan yang tak munasabah
3. Selalu akan ada saja urusan rumah tangga. Saya masih kecil untuk itu. Tolong luangkan lebih banyak waktu untuk menjelaskan tentang dunia ini, dan lakukan secara ikhlas.
4. Perasaan saya masih halus,sensitif terhadap ape keperluan. Jangan memarahi saya sepanjang hari.
5. Saya adalah hadiah yang istimewa dari Tuhan. Tolong perlakukan saya sebagai harta berharga, berikan bimbingan untuk semua tindakan saya. Beri saya panduan tentang cara menjalani hidup dan mendisiplin saya dengan cara paling baik.
6. Saya memerlukan dorongan dan pujian Ayah serta mak untuk membesar. Tolong jangan cepat mencela. Ingat, Ayah atau mak boleh mengkritik hal-hal yang saya kerjakan tanpa mencela saya.
7. Tolong beri saya kebebasan untuk membuat keputusan-keputusan mengikut diri saya sendiri. Izinkan saya untuk gagal sehingga saya dapat belajar dari kesalahan-kesalahan saya. Lalu suatu hari, saya akan bersedia untuk membuat keputusan-keputusan yang saa fikir perlu hidup dari saya.
8. Tolong jangan buat segalanya untuk saya. Kadang2, cara ini membuat saya merasa saya bukanlah harapan Ayah dan mak.Tolong jangan bandingkan saya dengan adik beradik saya yang lain.
9.Ayah dan mak jangan takut untuk berhibur..ini kerana mase ayah dan mak dah bnyak untuk saya dan adik beradik yang lain.tunjukkan kepada kami bahwa pekahwinan ayah dan mak sangat bahagia.
10. Tolong ajak kami beribadah dengan care yang di tuntuti..semoga saya dapat menjadikan ayah dan mak teladan yang paling baik dalam dunia.