I APPRECIATE THEM..

Monday, February 7, 2011

HEPY FAMILY....(part 1)

skang jam menunjukkan 09:50am...bersamaan hari isnin...7hb februari 2011...naperlah line broadand nih lembab mcm siput...aduh!!!!!!!!!!!!!!!!!bengang nyer rase hati nih....hehehheee...aku ader citer nak tulih nih...aku nak citer mase aku pg cameron highland ngan family aku...tapi tak semue yg pegi...3 kerete jew...tempat pertama kitorg pg adalah kebun tea...sampai2 jew...we all pg minum teh dulu...pastuh kitorg pun merancang untuk turun ke bawah...pg kat air terjun...mase turun aku berase confident yang teramat sgt...hehehehe...excited terlebih....dah posing2...kitorg pun mendaki lah bukit untuk kembali ke atas....YAALLAH....tinggi nyer bukit yang harus aku daki...tapi aku kuatkan semangat .....aku terus mendaki...terus mendaki....penatnyer rase...kaki dah sakit...lutut2 aku dah longgar2...kejap berhenti...pastuh jalan...yang lain telah meninGgalkan aku....mendaki lah aku macam kure2....sempat family aku memanggil aku labi-labi...hahahahhahhaa.....sadis sungguh mase tuh....muke dah naik merah...badan dah berpeluh2...org yng lalu asyik usha aku...knaper?...mesti diorg pelik agaknyer...orang comey mcm aku..keseorangan...warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.........mereka terus meninggalkan aku...kerana terlalu penat,aku sempat merehatkan diri aku....ambik air dan minum...erk...........................sedawe sudah....angin masuk dah.....selepas berehat beberape ketike aku meneruskan perjalanan...dan akhirnyer sampai lah aku ke atas....lega rasenyer....ALHAMDULILLAH...selamat sudah....tanpa mengalami ape2 masalah...tetapi bile sampai je kat atas....aku pening2 dan rase nak muntah2...werk.....nasib tak muntah lagi...heheheheh...!!!!selepas itu kami meneruskan perjalanan ke atas....akhirnyer singgah ke tanah rata untuk makan...jalan sesak giler...yerlah raye cine...PEACE!!!!



Friday, February 4, 2011

MEROYAN

MEROYAN....?Satu tajuk yang aku anggap best untuk di tulis dalam blog nih...mungkin ramai yang tak tahu aper sebenarnyer meroyan tuh...dan ade juge dikalangan kiter yang terkena penyakit meroyan nih...mase aku tulih blog nih,pukul 12.41am...wah!!!!!!midnite tau aku tulis...tapi ramai yg tak tdo lg...sebab anak2 buah aku sedang melayan citer HANTU KAK LIMAH BALIK UMAH....giler...aku dah tgk td...sebab tuh aku tak tgk....Sebelum tuh aku nak wish HAPPY CHINESE NEW YEAR....untuk semue yang berbangse cine....PEACE!!!!!

Jangan pelik ek...kenapa tetibe aku nak post citer MEROYAN nih...ngeh..ngeh...ngeh....

Meroyan merupakan salah satu penyakit gangguan mental yang serius. Ia bemula dalam masa antara 2 hingga 3 hari selepas seseorang wanita bersalin. Namun ia boleh berlarutan untuk jangka masa yang lama sekiranya tidak mendapat rawatan. Biasanya, ia dialamai oleh wanita yang pertama kali bergelar ibu. Bagaimanapun, gangguan ini jarang terjadi. Dianggarkan hanya seorang atau dua saja wanita yang mengalaminya dalam setiap 1,000 wanita yang melahirkan anak.



Biasanya mereka yang mengalami masalah ini sering kali merasakan diri tidak bagus dan tidak layak menjadi ibu. Pada peringkat awal mereka berasa sedih, enggan makan dan minum. Lama-kelamaan merasakan ada orang yang ingin mencederakan atau membunuh bayi dan dirinya. Gangguan mental yang lebih dikenali sebagai meroyan di kalangan orang Melayu ini juga mempunyai banyak nama lain dalam istilah perubatan. Ia juga dikenali sebagai peuperal psikosis atau postpartum psikosis. Risiko kemungkinan seseorang mengalami meroyan ini lebih tinggi dan meningkat menjadi 2 kali ganda di kalangan wanita yang pernah mengalami psikosis. Manakala, wanita yang mengalami gangguan bipolar pula dianggarkan antara 20 hingga 50 peratus lebih tinggi daripada wanita yang mempunyai sejarah skizofrenia. Psikosis, merupakan satu keadaan di mana individu terbabit ‘hilang’ sentuhan dengan dunia nyata. Wanita terbabit biasanya mendengar suara-suara halus, melihat ’sesuatu’ yang tidak dapat dilihat orang lain juga sering rasa bersalah tanpa sebab.(Petikan dari pakar)


Terdapat satu kes pernah berlaku di Australia dimana seorang ibu telah membunuh 4 orang anaknya akibat kemurungan yang melampau… 3 orang anaknya dijumpai di atas katil bilik tidur mereka dengan beberapa kesan tikaman di badan, Manakala anak seorang lagi ,berusia 4 tahun dijumpai lemas didalam bilik air,haru biru jadinya..Apabila suaminya pulang dari kerja. isterinya hanya mampu menangis dan berkata..”Bukan dia yang bunuh” namun forensik mengesahkan si isteri yang membunuh anak-anaknya..ini semua akibat meroyan…Bahaya bukan?

TIPS DARI SUPERVISOR PETRONAS

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.... masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.70 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya... tapi......



1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV


sudah la...


2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.


3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la


4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi


5. then korang tekan enter - 3x


6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka


7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi


8. tekan butang clear - 2x


9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi


10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang


"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!" so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 2.70 seliter...
HEHEHEHE aku pun terkena... Dah pegi buat keje! ;-D

AYAM MACHO

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Kerana merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan tamak sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.
Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.
Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)
Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda:Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.


Kenapa?????






[jawapan ada di bawah]


Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"






NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...






KISAH DUE HANTU

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." "So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.


Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

KISAH MAT REMPIT

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.
Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,


Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?


Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.


Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?


Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.


Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?


Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.


Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...


Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?


Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!










Wednesday, February 2, 2011

EDITING

Selamat tengahari dah untuk semue...hari nih takde keje lah kat opis..sebab ramai dah cuti..tapi aku still keje...sebab aku hanyer praktikal kat sini...nak taknak..keje tetap keje...sebelum aku upload gambar aku nih tadi,aku ngan kakak opis aku kemas opis...susun meja,susun kerusi ..alih sane,alih sini...huh!!!!!penat..tapi aku buat dengan ikhlas...hehehehe....lamer tak buat keje berat...sakit belakang aku...dah lah ngah tuttttttttttttttttttttt.....lagi rase sakit...pastuh sempat lagi aku edit beberapa gambar aku...saje suke2...pastuh aku letak dalam blog...untuk tatapan kawan2 semue....PEACE!!!!




Tuesday, February 1, 2011

BUAYA DARAT..a.k.a..KASANOVA


Dalam dunia nih banyak istilah untuk lelaki-lelaki yang suke pada ramai perempuan...BUAYA DARAT..PLAYBOY..KASANOVA..KAKI PEREMPUAN...ish...ish....MASYAALLAH...dalam dunia yang serba moden nih,ada lagi ker istilah sedemikian?????seperti tajuk cerita di atas,BUAYA DARAT also know as...KASANOVA...maksud buaya itu sendiri ialah..SEJENIS BINATANG MAMALIA YANG HIDUP DIDALAM AIR TAWAR...skang dah ader kat air masin dah...tak percaye?tak tengok tv ler tuh...DARAT pulak bermaksud..TEMPAT YANG TIDAK DI PENUHI AIR...hmmmmmm...klau aku gabungkan maksud kedue2 nyer jadilah SEEKOR BINATANG YANG HIDUP DALAM AIR DAN TEMPAT YANG TAKDE AIR....hahahahahah!!!!!aper kebende lah maksudnyer...logik gak klau pikir...klau lelaki tuh kacak,bergaya,hensem,ader duit,pakai kereta besar,rambut pacak2...aku rase mate pompuan kat luar saner juling aku rase...hehehehehe...sungguh dasyat panahan aura lelaki nih...tapi klau lelaki tuh takde rupe...(bak pepatah mengatekan,macam muke pecah rumah),takde plak duit,selekeh...ampunlah...takdenyer pompuan nak...gerenti...tapi yang aku lihat skang,walaupun lelaki tuh tak hensem,tapi ader duit,berkedudukan,ramai jerk pompuan nak...ramai plak pompuan simpanan...WAT STOCK GELI2...katernyer.....macam-macam kerenah dunie nih...klau nak sebut,mmg tak daye korang nak bacenyer...konpem...yang menjadi persoalannyer,kenapa lelaki suke menjadi BUAYA DARAT?KASANOVA?PLAYBOY?..sememangnyer lumrah alam,lelaki sangat mudah terpikat pada wanita,terutama wanita yang cantik...tapi haruskah mempunyai ramai wanita dalam satu mase???kesian nasib wanita yang dimainkan tuh!!!!aper tujuan sebenar mereka??sehingga sekarang,masih belum terjawab persoalan itu..adakah hanyer untuk menjadi teman berhibur atau teman sehidup semati...HANYE MEREKA YANG TAHU....

KUALA LIPIS

Percaya atau tidak,aku skang praktikal kat tempat aku sendiri...KUALA LIPIS...tempat aku dating mase skolah-skolah dulu...heheheheh...tempat aku nih tak besar tapi sangat menarik...tak percaya korang bleh datang sini...tempat aku tak cantik tapi menyejukkan hati dan sangat tenang..sape2 yang serabut dan memerlukan ketenangan,boleh lah datang sini....kat tempat aku takde panggung wayang,tapi penduduk kat sini tetap bahagia...hehehehehe.....kat sini gak,aku letak beberapa gambar tempat aku..KUALA LIPIS....I LOVE MY HOMETOWN



Monday, January 31, 2011

HARI-HARI BERSAMA KU.....

Setiap hari mesti ader beberapa barang yang sentiasa bersama korang...kemana saje korang pegi....begitu lah aku...kat bawah nih,ader beberapa barang-barang yang aku rase amat penting untuk aku teruskan kehidupan aku seharian...klau takde satu,rase ade yang kurang..betul tak????
  • BEG DUIT...banyak benda aku letak dalam beg duit aku nih...selain duit la...ader kad pengenalan,kad bank,duit syiling,slip exam aku pun ader tau....hahhahahaha
  • JAM TANGAN...ni penting...hari2 kena pakai...bnyak jam aku ader...paling mahal jam adalah jenama crocodile...hehehehee...masih ade tau....yang lain hanyer jam yang bernilai rm10...hehehehe..tapi cantik ble pakai...org bukan tahu...(skang dh tahu la plak!!!)
  • HANDPHONE...hahahaa..yang nih mcm nyawe dah....aku ader 2 hp,aku letak satu jerlah...
  • BOTOL AIR...sesape yang kenal aku mesti tahu,mase ke kelas aku ske bawak botol air aku yang warne pink...besar...tapi ble dah keje nih,aku bawak yang kecik jerk...ble haus,ade air nak minum...penambah tenaga untuk bekerja,ber facebook dan berblog...ngeh..ngeh...
  • NOTEBOOK...yang ini klau takde sasau aku...nak buat laporan lagi...nak bukak facebook lagi,nak updated blog lagi....kalu takde sunyi hari2 aku....
  • BROADBAND...klau takde yang satu nih,tak on la notebook aku jawabnyer....takder lah korang bleh bace luahanhati aku...hehehhe...PEACE!!!























Saturday, January 29, 2011

KUIH TRADISIONAL MAK DAH








Bestkan tajuk citer aku hari nih....mak dah tuh mak aku...mak aku mmg pandai buat kuih...dan kuih-kuih mak aku sedap woooooooooooooooooooooo........sebabkan aku selalu tolong mak aku wat kuih..aku jadi pandai mcm mak aku....hehehehee...TERIMA KASEH MAK....skang aku dah pandai wat kuih pau,pau goreng,kuih apam pisang,kuih lapis,kuih karipap pusing,kuih donut,kuih burger malaysia,kuih kuaci,kuih seri muka dan kuih gulung....ni kire yang expert dah lah....aku bangga ble aku pandai buat kuih...sebab bleh jual...mak aku wat kuih untuk jual gak...dan aku akan tolong mak...tapi bukan tolong saje2 tau....mak bagi upah hasil aku wat kuih tuh...berbaloi-baloi....tapi ader mase ble wat kuih nih,kuih tak hbs...frust tau...rase taknak buat dah...tapi takan sebab sekali tak hbs ,aku dah putus ase...dari sini lah aku belajar sabar dan tabah...penat hilang ble hasil tuh ader...seminggu klau aku tolong mak aku,aku bleh dapat dalam rm100 tau...masyuk seh...!!aper aku nak beli,mak tak kesah dah..sebab duit aku sendiri dari hasil aku buat kuih...seronok wat kuih nih....kepandaian dapat...duit pun dapat...kuih-kuih nih tak susah nak buat...kuih tradisional,senang dan ringkas,tapi sedap....tak percaya korg cuber lah....NASIHAT AKU,BELAJAR LAH BUAT KUIH....!!!!!!

Friday, January 28, 2011

PUJAAN SAYA






















aku bnyak pujaan...bukan sahaja orang2 dikeliling aku,malah benda yang aku pakai... semua manusia pakai baju dan kasut...dan mereka ader jenama kegemaran dan jenama yang mereka puja..mcm tu gak aku...aku ader jenama baju dan kasut yang aku puja..aku hanya beli baju dan kasut jenama nih jerk....antara pujaan aku ialah:


  1. PADINI
  2. VINCCI
  3. NOSE
  4. MNG
  5. BRANDS OULET

Nihlah pujaan hatiku...dan kebanyakkan baju dan kasut aku adalah dari jenama-jenama tersebut...pantang sales...cepat je pegi beli...tak sales pun aku beli...makne nyer time ader duit,itulah benda yang aku cari dulu...baju dan kasut....beg pun aku ske...tapi aku dah bnyak beg...so,beg jarang aku beli...ble dah buruk atau dah boring yg ader,aku beli lah...beli satu jerk...tak bleh bnyak2..sebab nak beli bnyak baju....heheheee....aku pernah beli baju kat PADINI 7 helai sekaligus...kat BRANDS OUTLET 4 helai dan kasut kat nose 1 pasang...itu semue aku buat beli dalam satu hari...hahahhahaha.....PEACE!!!!




























Thursday, January 27, 2011

SAKIT TEKAK



Gambar kat atas tuh adalah gmbr org sakit tekak dan gambar dalam mulut kiter...tak tahan ble sakit tekak nih...nak makan susah...nak minum susah...nak telan air liur pun susah..sakit sangat2...mcm aku skang,mase aku tulis blog nih,aku ngah sakit tekak,merana sgt2 skang nih....perut lapar,tapi nak makan sakit sgt2...minum air asam jawa lah...air limau nipis lah...tapi mcm tu gak...mungkin sebab musim skang nih musim hujan,panas jerk...gambar kat bawah nih plak,benda yang aku selalu makan dan minum...strepsils ngan air masak....bergelas2 aku minum dah...tak ok gak...strepsils tuh,dah berkampit2...tak molek jugek....ntah ape2 lah skang.....perasaan aku skang mcm aku nak cabut tekak aku nih...terseksa..mungkin Tuhan sayang pada aku....aku pun sayang Tuhan aku....mak sakit...aku tak pegi klinik pun...sebab aku rase esok luse baiklah...hehehehhe....pesanan aku untuk semua...JAGALAH TEKAK ANDA...







Wednesday, January 26, 2011

PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN

PERKAHWINAN ATAU MEMILIH PERCERAIAN???





ATAU






Hari nih aku rase touching sgt...pagi td aku ader perbicaraan...hari nih ader 9 kes cerai...YAALLAH...ader yang dah kawen berbelas2 tahun...tak tahu maner silapnyer...perkahwinan yang mereka bina musnah...kesian pada anak2...aku belum berkahwin,dan aku tak tahu aper akan jadi pade mase depan...semoga perkara sedemikian dijauhi...nak salahkan suami,tak bleh...nak salahkan isteri pun tak bleh...mesti ader kesilapan masing2 yang masing2 tak nampak...tapi kenapa harus berakhir dengan penceraian????adakah suami tidak mendpat layanan yang sempurna dari seorg isteri?atau mungkinkah,isteri tidak mendapat nafkah yang sepatutnyer diterima???semua itu hanya pasangan yang berceai sahaja yang tahu...dulu,klau aku baca dalam paper atau melihat kat tv,klau ader pasangan yang bercerai aku mesti salahkan lelaki...kerana bagi aku,lelaki tersebut tidak menjaga,membimbing dan melindungi isterinya dengan baiik...dalam erti kate lain,suami tidak mendidik isteri dengan sempurna....tetapi apabila aku sendiri bekeja di mahkamah syariah nih,aku melihat sendiri semuenyer dengan jelas dan nyata...due2 yang salah....kenapa ble dah bersuami,si isteri sanggup bersekedudukan dengan org lain?suami menangkap isteri sedang berkhalwat dengan lelaki lain dlam umah sendiri....YAALLAH....tetapi disebalik semue itu,hanyer ader due persoalan...samada si suami tidak menjadi suami yg bertanggungjawab atau si isteri tidak merase bersyukur dengan aper yg ader......takut melihat keadaan tersebut...dan ble ader kes yang suami mempunyai pompuan lain...ader due persoalan juge...samada dier sendiri dah bosan dengan isterinya atau hanyer untuk mencari hiburan luar....nak tinggal bini,sayang...macam2 masalah dunie...baru seminggu lebih aku keje kat sini,bnyk masalah org yang aku tahu....kesian tau....aku ambik iktibar dari semue ini...yang menjadi manse keadaan,adalah anak2...bagaiaman nasib mereka?terpakse berhadapan dengan perpisahan org tue...mereka akan tertekan dan emosi mereka akan terganggu.....MUNGKIN DENGAN BERCERAI,ADER HIKMAH DI SEBALIKNYE..TIADE SAPE YANG TAHU.....AMIN

Tuesday, January 25, 2011

KEJE....KEJE.....

Keje sampai mati pun takkan hbs....penat lah rase....dah nak balik balik baru bleh bukak blog nih...and terus updated...warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!so sleepy actually.....work is work...baru aku tahu keje kat mahkamah nih kena wat keje yang same bnyak2 kali...maksud aku,mule2 aku trima kes..pastuh kena daftar kes..pas daftar kes aku kena key-in dalam e-syariah plak..pastuh aku kena tulis dalam buku...klau nak tahu,ader 3 jenis buku aku kena isi..dan maklumatnyer semue same...pas tuh kena tulis borang plak...pastuh print...semue keje tersebut mesti dilakukan sebelum hari perbicaraan...hahahhahhahhaa....kes skit takper kot...klau bnyak..tak giler nak buat...tapi aku anggap ia satu cabaran untuk aku...nih lah mase untuk aku untuk buktikan yang aku nih terer wat keje....PEACE!!!!!!!sambil2 aku wat keje aku,aku tolong siapkan tugasan skolah ank buah aku...kesian plak tak tolong dier...nnt aper plak dier pikir aku nih....ader mak sedare tapi tak bleh tolong....80% dah siap...tinggal skit jerk lagi perlu dihabiskan....tekakmasih sakit...mase nak telan air liur tuh...aduh!!!!!!!!!!!!!!!!!!sakit mak................download lagu punyerlah lame...bengang nih....sabar jer lah....kak mieza pun dah hbs wat keje...mesti ngah on9 facebook...hehehehe...betul tak kak miza?????kak limah wat hal dier la kat dalam...dah hampir pukul 4ptg...sejam lagi nak balik...ini bermaksud,aku akan sampai ke rumah pada pukul 6ptg...ader 2 jam lg...tak sabar....rase nak baring jer nih....tadi isi borang spa.gov.my....doa2 dapat....insyaallah...kebas plak kaki nih....bukak facebook tadi...takde yg menarik...aku tak updated status pun....sejuk...hujan lebat giler kat sini tadi...beku rase....tutup air-cond pun still sejuk...dah sejuk...nak ke tandas jerlah kejenyer....minggu depan aku ader family day kat gambang water park...semue adik beradik aku pg...tak penah pg nih....mesti best...mak suh ajak nua...dier takde kereta..susahnyer lah skang...nak bergerak pun susah...ader kereta rosak..ntah ape2...nak start ganti pose dah nih...dah lah bnyak hari gak ponteng....aper mak masak hari nih kat umah?lapar......................

Monday, January 24, 2011

PENAT, SAKIT..


Hari nih kaki aku boleh sakit plak...badan pun sakit...badan penat...rase mengantuk jerk...warghhhhhhhhhhhhhhh......

PESANAN UNTUK KAUM WANITA

Peringatan yang teramat penting untuk kaum hawa semua...cerita ini dishare oleh seorang sahabat di Fb....
Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini...

Kesahihan cerita tak dapat di pastikan namun mungkin boleh di jadikan iktibar dan panduan kepada kita kaum hawa ni.....

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa Cina so di translate cerita nie dalam bahasa melayu....
Hati-hati bila pakai Tuala wanita..check dulu expired date...Kualiti...

dan paling penting kebersihannya...
takut2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....


Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual tuala wanita...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..

Almaklumlah kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila tuala wanita tu.....
lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm orang2 mengandung tu...

Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape penyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah mengandung....
maka hairanlah si anak..

Dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..

Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 ekor anak tikus yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...

MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KE DALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINNN.....
Doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....


kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu....
pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu...

P/S : Walau tidak sahih sekalipun....kaum hawa perlu berhati2 dalam soal ini...dan paling penting jagalah kebersihan....

ni gambar anak2 tikus tu selepas dikeluarkan.



Nda tau lah betul ka tidak story ni sebab ianya dikatakan disebarkan melalui FB..apa pun kita jadikan sebagai pengajaran buat kita semua agar lebih mengutamakan kebersihan...kuikui

(Hmm..rasanya macam tak betul la kan...tak per saja2 dikongsikan untuk kita lebih berhati2...fikir2kan...!!tikus pandai bertelurka?Pad ada xpiry date ka..wakakakakak...kes lawak yang bawa erti ni..so jangan marah kalo sumber ni salah)

TUALA WANITA



Seperti gambar diatas,sudah pasti tahu aper yg aku letak kan?itulah TUALA WANITA....
Aku nak cerita suatu citer tentang TUALA WANITA...zaman skang bnyk tuala wanita yang ader kat pasaran...antaranya KOTEX,INTIMATE,LIBRESE,HERBA dan bnyak lagi...itu antara yg glamer la...bagi aku plak semu tuh aku dah pakai...perasaan memang berbeza..ahaksssss!!!!nak tahu knaper?sebab aper yg ader kat dalam tuh...aku bukan nak menulis pasal keburukkan atau kelebihan sesuatu tuala wanita itu,tapi keselesaan bile aku memakainyer...ble aku pg kedai2 atau mane2 jualan terbuka,mesti ader pasal tuala wanita nih...peniaga nih akan tunjuk aper yang ader dalam tuala wanita tuh,maksudnya bahan yg digunakan untuk membuat tuala wanita itu...ble pikir balik semue tuh ader kemungkinan gak...tapi nak percaye pun susah...contoh artikel..






Mak aku ader citer nagn aku,org dulu2 maner ader tuala wanita nih...diorg pakai kain jerk...mcm kelakar bunyik nyer...tapi itulah yg relevannyer...org dulu susah nak dapat penyakit..org skang mcm2 penyakit singgah..ish...ish....sebagai manusia yg bleh pikir akan kesihatan diri,marilah kiter pikir kan...maner yg terbaik untuk diri kiter...PEACE!!!

DUGAAN HARI ISNIN

YAALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSAKU....RASE INSAF DAN BERSYUKUR ATAS APE YANG DIBERI-NYA...TERIMA KASIH YAALLAH....tapi atas itu semue aku harus bersabar atas ape yang berlaku....ini kerana......

  1. tekak aku sakit
  2. nak pose tapi tak jadi
  3. internet nih slow macam siput
  4. mood tak baper baik
  5. duit dah makin kurang.....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa