I APPRECIATE THEM..

Wednesday, March 30, 2011

ISTERI HAMIL...APER SUAMI PERLU BUAT...?


1. Amalan suami semasa isteri mengandung



Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri


mengandung :


a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT


b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.


c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.


d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.


e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.


f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.


g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri


h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.


i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.


j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.


k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.


l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.




2. Adab suami ketika isteri sedang mengandung


Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan


terhadap isteri yang sedang mengandung :


a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.


b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.


c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.


d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.


e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,



" La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "


maksudnya


" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "


f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.




3. Dorongan Suami semasa isteri bersalin


Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.


Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada
keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi




Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.


Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.




~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~