I APPRECIATE THEM..

Monday, February 21, 2011

KESAN MEROKOK

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.





Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.


Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.


Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.


P/S: INI NASIHAT UNTUK AKU GAK..JIKA ANDA SAYANGKAN ORANG KESAYANGAN ANDA..NASIHATILAH MEREKA UNTUK BERHENTI MEROKOK...

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok



2. Yakinkan diri


3. Buat nota peringatan


4. Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"


5. Sentiasa berfikiran positif


6. Dapatkan sokongan


7. Lawan keinginan untuk merokok


8. Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai


9. Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
 
FAEDAH BERHENTI MEROKOK
 
1- Dapat menghindari racun



2- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok


3- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak


4- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak


5- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat


6- Meningkatkan deria rasa dan bau


7- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar


8- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

MEROKOK

untuk hari nih,ini adalah citer yang kedue..actually ini bukan citer tapi satu pandangan dan nasihat untuk perokok2 tegar kat luar saner..abang2 aku ramai yang meroko..tapi ayah kesayangan aku tak merokok...HIDUP ALIAS...hehehehe....PEACE!!!



PETUA BERHENTI MEROKOK

1. Melengah-lengah tabiat menghisap



2. Minum banyak air


3. Menarik nafas panjang


4. Membuat sesuatu


5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok


6. Mengunyah sesuatu


7. Membasuh tangan


8. Mandi dengan kerap


9. Melakukan senaman rengangan


10. Memohon doa

p/s:MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

BINI itu TV..MAKWE itu HANDPHONE

Aku ada benda best nak share dengan korang. artikel ni aku dapat dari website bahasa inggeris.. Untuk memudahkan pemahaman korang aku dah translate guna bahasa aku.. hahaha baca ar…



Isteri bagaikan sebuah TV
Makwe bagaikan sebuah HENFON


TV hanya boleh ditonton di rumah
HENFON boleh dibawak keluar


Kalau takde duit, boleh jual TV
Kalau ada duit boleh tukar HENFON


TV boleh tonton kadang-kadang je.
HENFON memang best dan seronok diguna selalu


TV siarannya masih ada yang percuma
HENFON kalau tak topup, alamatnya tak hidup le kredit korang…


TV kebanyakkan besar dan cepat jadi buruk serta membosankan
tapi HENFON comel, slim, ada bentuk dan boleh bawak ke mana-mana je


Kos nak repair atau guna TV murah je
Maintenance HENFON kengkadang tinggi dan demand


TV ada remote control
HENFON of course lah takde remote


Yang paling penting, HENFON ada komunikasi dua hala (saling cakap dan dengar)
tapi TV hanya boleh dengar je, nak cakap dengan dia tak bleh..


Yang terakhir, TV takde virus, tapi HENFON banyak virus wooooo


P/S: untuk lelaki2..nak TV ker..nak HENFON..?..biler dah ader bini jangan pikir nak carik stock geli2...tembak nanti...huh!!

Sunday, February 20, 2011

TIPS UNTUK GLAMOUR..

Haluuuuu............mase aku ngah tulis blog nih,mate dah nak tetutup2..hehehehee,mengatuk.Esok keje plak.Tapi tetibe aku ader idea nak tulis.Sebelum aku masuk bilik tadi,aku tengok mentor musim ke-5.Dan aku tak sangke rupenyer ramai yang nak jadi artis,nak glamer..alamak merlin..minggu depan jer lah tgk...perlu ker semue tuh?nak glamer,jadi artis.Nak kaye pun jadi artis..actually aku tak kate yang jadi artis nih tak bagus..umum..universal..tapi mcm maner klau yang over tuh..lebih sudu dari kuah..yuck....!!!!nak tengok pun sakit mate..aku bukan kater diorg tak bagus..malah aku tabik dowh..diorg berani..mungkin takde rezeki..tapi yang tah ape2 tuh,aduh!!!!!kena gelak jer lah..aku tahu bukan aku jew yang gelak,tapi ramai yang akan gelak..sebab kelakar..adoyai....


kat sini aku ade tips mcm maner nak jadi glamer..hahaha!!!!bleh ikut klau nak...PEACE!!!

  1. Tahu kehebatan diri
  2. Tahu kelemahan diri
  3. Mencari peluang
  4. Kenal ancaman
itu perkare asas..semue orang tahu...kat bawah nih adalah tips yang sebenarnyer...
  1. Kalau nak jadi penyanyi,make sure suare tuh sedap..bukan mcm suare itik serati..
  2. Kalau nak jadi pelakon,pastikan anda bukan jadi tiang lampu..maknenyer,body language korang tuh kena bagus..
  3. rupa paras tuh agak penting..klau ader jerawat,pg wat facial,kalau gemuk pg slimming world ke,london weight ker,keep slim ker,makan Dr.Rozmey punyer produk ker...

itu klau korang nak jadi artis..klau nak glamer lain..ini tips nyer..
  1. korang pg rompak bank negare malaysia..pastuh kena tangkap,masuk berita,masuk paper..glamer dah..
  2. Pegi menyanyi atas federal highway..konpem glamer
  3. panjat KLCC,pastuh tepon tv3,tv1,astro awani..cakap korang nak bunuh diri..heehehe..
sebenarnyer banyak care nak glamer..aper yang penting..SEDAR DIRI..TAHU KEMAMPUAN DIRI SENDIRI..DAN PERCAYA REZEKI NAK GLAMER TUH ADE DI MANE2.

P/S : adehhhhhh....jgn ikut sangat hati nak glamer..giler jadinyer..PEACE!!!

Kenapa REMAJA skang suke wat SEKS dalam TANDAS..?

Ini artikel lama yang aku dapat dari satu forum. Dan ada tukar nama supaya tak terkena kepada mana-mana pihak yang telah hidup atau pun yang belum mati.. PEACE!!!!





Tersebutlah kisah pada suatu hari, Encik Sepat sedang mengajar subjek ‘Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara’, beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing-masing tentang tajuk “Mengapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam”



Madu: Pada pendapat saya remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan untuk menyewa hotel.

Tomato: Saya tidak bersetuju, kerana ada dikalangan mereka yang berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.


Bawang: Mengikut firasat tok guru saya, mereka ni kelam kabut hingga tidak sempat mencari hotel atau tempat yg lebih sesuai dan yang paling penting mereka ni cetek tentang pengetahuan agama.


Garam: Saya tidak setuju Encik Lada, bahawa remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..


Bawang: Kenapa pulak? Bukankah mereka yang sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama atau tidak tahu menghayatinya.


Encik sepat: (bertanya kepada Garam) kenapa kamu tidak setuju dengaan pendapat cik Bawang tadi?


Garam: Sebenarnya mereka sangat arif tentang agama. Sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas dan jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.


Encik sepat: (dalam hati) rosak student aku sorang nie!!!




P/s: dunia-dunia…

Camner nak MELUPAKAN bekas KEKASIH korang..?

Aku nak share dengan korang satu tips bagaimana nak lupakan bekas kekasih korang yang sebetul-betulnya. Especially tips ni untuk wanita sebab aku tau ramai wanita luar sana susah nak lupakan bekas kekasih diorang..kalau laki aku tau mesti kacang je bagi diorang kan....eeeeeeeeeeeeeeeeee

Persoalannya macam mana nak lupakan bekas kekasih atau balak korang? Rahsianya mudah je. Korang perasan tak macam mana lelaki lupakan bekas kekasih dia atau bekas awek-awek dia? Hah tu lah korang tak tahu. Actually lelaki kalau nak lupakan bekas kekasihnya, dia akan mula cari kesalahan bekas awek dia tu.. lepas tu bila dah ada beberapa kesalahan yang dia sedar on his ex-girlfriend, mulalah dia rasa “Erm dia ni banyak buat salah kat aku. Ini tak kena, itu tak kena. Buat apa aku nak ingat dia dah. Baik aku blah dan lupakan dia! She’s not worth it! I wanna go to heaven. You go to hell!” Haha ayat emo sangat aih..

So you girls dapat tak point yang I nak fokus kat sini. The bottomline is korang kena cari kesalahan bekas kekasih korang tu untuk lupakan cinta lama korang pada dia. Itu je. Ni serius cakap ni memang cara ni je yang boleh buatkan seseorang tu lupa cinta lama dia.






[ Kalau dia tu perfect man yang tak pernah buat salah macam mana nak lupakan dia? ]


Errr itu.. err.. alaa mesti dia ada buat salah punya. takkan lah dia tak pernah korek hidung.. itu pun salah sebab dia dah cemarkan alam. Ye la bila dah korek mesti dia buang merata-rata kan. hehe okay.. ni dah tahap merepek ni.....hhehehheee
Tapikan kalau korang ni pemaaf dan ex-bf korang tu memang baik, tak perlu lah nak berperang dingin sampai 7 keturunan. Chill la beb. Mana tau suatu hari nanti dia jadi boss korang. Tak pasal-pasal tiap-tiap hari korang kena lauk je dengan dia. naya tu...



Apa pun hidup ni tak perlulah serius sangat. Hidup ni sekali je. Jadilah someone yang baik dan terbaik. Tak rugi pun kan! heehee.....

Friday, February 18, 2011

TABAH

Siapa pun kita, tidak ada yang bebas dari tekanan hidup atau stres. Bagaimana kita menghadapi atau merase stress, ternyata sangat membezakan kita satu sama lain.

Ada orang yang mudah mengeluh dan mudah menyerah dalam menghadapi tekanan hidup. Ada pula yang begitu kuat, optimistis, dan memandang tekanan hidup sebagai cabarab yang dapat dihadapi.. Ketabahan hati ternyata memiliki manfaat yang sangat besar bagi kesehatan fizikal dan mental kita. Tabah ke korang?tabah ke aku?.....


Ketabahan hati, keteguhan hati, merupakan topik yang jarang dibicarakan dalam masyarakat kiter. Untunglah, hal tersebut masih menjadi perhatian sebagian kalangan orang2 macam aku...hehehheee..., sehingga kita dapat memanfaatkan pengetahuan mengenai ketabahan hati untuk kiter gune pakai dalam menghadapi persoalan hidup sehari2...


Bertali arus dugaan tiba

Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi


Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian


Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti


Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar


Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu


Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya



IN-TEAM...SEGENGGAM TABAH

BERAKHIRNYE...CINTA ITU



Ape yang berlaku ke atas diri aku,aku tak salahkan sesaper..aku tak salahkan takdir...tapi mungkin ini yang tersurat dan tersirat dalam kenyataan hidup aku...susah aku nak menerima kekalahan ini...sedih..pedih...puas dah menangis..tapi sampai aku akan terus meratapi perpisahan antara aku dan die..sekian lame menyulam cinta..menyemai kasih..begini kesudahannyer..cincin aku dah tanggalkan..atas permintaan si die..aku dah serahkan cincin pertunangan tuh kepada mak aku...YAALLAH....sedih..kecewa yang aku rase...bagaimana janji yang aku dan die ikrar...sehidup semati..punyer keluarga sendiri..hidup bahagia..impian hanyer tinggal kenangan...aku harus kuat...aku harus tabah...ini keputusannyer...aku percaye ade hikamah di sebalik aper yang terjadi..aku bukanlah terbaik yang akan selalu dapat aper yang aku angankan...hidup perlu diteruskan..mulai hari ini,aku kena mulakan hidup baru...tanpa die kat sisi aku...sunyilah perjalanan hari2 aku..jika die tahu kebenarannyer..mungkin dier takkan menangis..semue salah aku...aku yang tak dapat membuat keputusan untuk diri aku dan mase depan aku..banyak aku sia2 kan waktu itu..mungkin ini adalah balasan untuk aku...?abang,abang sangat2 baik..dan antara terbaik dalam hidup b...b salah...abang skit pun tak salah...b yang tak pandai hargai aper yang ade depan mate b...sadis pengakhiran cinta kiter...pertunangan kiter..andai satu hari bertemu seorang yang lebih elok dari b..jage lah dier,seperti mane abang jage b...nak lupekan abang..adalah satu yang mustahil dalam hidup b...kenangan aku dan dier..takkan dapat aku luper..banyak sangat kenangan itu..susah senang bersama..mungkin ini dikatakan bukan jodoh kami...tapi mungkin cinta kami belum berakhir..



HANYE TUHAN YANG TAHU.......

Thursday, February 17, 2011

MENU PETANG..

AIR BATU CAMPUR

PISANG GORENG

CEKODOK
P/S: Terima kaseh kak limah....yun dah kenyang...kenyang sangat2...hehehhee

5 Ciri-ciri LELAKI yang dijauhi WANITA

Bagi kaum wanita di luar sana, susah tak untuk korang mencari teman lelaki atau bakal suami yang almost perfect dan baik? Mungkin bak kata pepatah Inggeris, ‘like looking for a needle in a haystack’ atau terjemahannya ‘ibarat mencari jarum di dalam timbunan jerami’…huhu : -). Semua wanita nakkan bakal suami yang baik walaupun tak perfect, betul tak? Almaklumlah kerana lelaki itu akan menjadi ketua rumahtangga dan juga pelindung kepada isteri dan anak-anaknya kelak.
Pada zaman sekarang nie, agak sukar bagi seseorang wanita itu untuk mencari calon suami yang baik dan soleh, so wanita akan berfikir dua tiga kali sebelum mendirikan rumahtangga. Anyway, jom baca apakah ciri-ciri lelaki-lelaki yang akan dijauhi wanita …

 
1. Terlalu kedekut – lelaki camnie bahaya jugak nie. Ala-ala Tn. Hj. Bakhil macam dalam citer Labu-Labi tue la katakan:-) Actually, tak salah kalau you simpan duit sebab nak tukar kereta baru ker, rumah baru ker (jangan tukar bini baru, sudah:-p) Cuma jangan terlalu kedekut la sampaikan setiap kali keluar dengan si buah hati, si dia pulak yang kena bayar untuk segala-galanya. Tak adillah namanya tu kan? Anyway, kalau anda tengah saving pun, harap-harap ada la sikit bajet untuk digunakan semasa keluar dating, kan?



2. Hipokrit – ataupun suka berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar… and then it’s up to the lady whether to accept you or not, right?


3. Perasan hensem – hoho… ada ke lelaki camnie? Jawapannya… ader! Mungkin jugak jejaka yang mengaku hensem tu memang betul-betul hensem:-) Kalau iye pun, janganlah pulak anda menunjuk-nunjuk dengan anugerah yang diberi Allah s.w.t. tue. Bersyukurlah dengan aset yang anda miliki dan jangan menyalahgunakannya. Satu yang perlu anda tahu, mungkin anda perasan anda hensem, tapi bagaimana pulak di mata orang lain? Anyway, kehenseman seseorang tidak dapat menjamin kebahagiaan…beb!


4. Playboy – ah ha… wanita kena berjaga-jaga sikit dengan lelaki playboy atau ‘land croc’ a.k.a buaya darat’ nie.. huhu. Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…



5. Tak gentleman - aku bukan maksudkan ‘lelaki lembut’… sebaliknya istilah ‘gentleman’ tu bermaksud lelaki budiman. So, jangan salah faham pulak..:-) Sesetengah orang kata lelaki Malaysia nie ramai yang tak ‘gentleman’… betul ker? Cuba tanya diri sendiri soalan2 nie: Ketika tengah berasak-asak untuk naik bas, anda pun turut berasak sama ke atau bagi peluang kepada wanita dan golongan tua naik dahulu? Pernah tak anda membuka pintu kereta untuk teman wanita/isteri anda? Anda pernah ‘offer’ untuk angkat barang-barang ketika shopping? Ketika berjalan bersama-sama, anda akan pimpin tak tangan orang kesayangan anda? Ke anda just jalan terus jer…hinggakan jika kekasih terjatuh ke dalam lubang pun… korang tak sedar…Hmmm… bagaimana? So, guys… belajar2 lah untuk menjadi seorang lelaki budiman. Gerenti ramai wanita yang akan tertarik pada anda nanti!



P/S:Padanlah wanita pada zaman ini sukar sekali untuk bertemu pasangan mereka, kan? Bagi lelaki di luar sana pulak, khususnya kepada mereka yang ada menyerupai ciri-ciri di atas, harap mengambil iktibar daripada apa yang nak disampaikan di atas, okey :-)

10 PESAN ORANG TUA TERHADAP ANAK

1. Bukankah ayah menggendong kamu sejak kamu masih bayi? Tapi baiklah nak, asal kamu ingat untuk menjaga kami bile hari tue kami.

2. Andai kamu melihat apa yang kami lihat, kau akan berharap tetap berada di rahim ibumu. Tapi baiklah nak, asalkan kau dapat menjaga pandanganmu.


3. Bila waktu di dunia ini tak terbatas, tak ada tempat kami ingin habiskan kecuali bersamamu, nak. Tapi baiklah, asal kau tak bosan menjelaskan apa yang kami cube untuk jelaskan pada hari tue kami.




4. Lalu kami memperlakukan kamu agar kamu tak perlu tahu bagaimana buruknya kami diperlakukan. Tapi baiklah nak, asal kamu tahu bagaimana memperlakukan kami saat kami tak mampu lagi memperlakukan kamu dengan baik.


5. Bukankah kami sudah berikan segalanya agar kamu menjadi sesuatu yang tak hanya berharga di mata kami, tapi di mata orang lain? Tapi sanggupkah kau berikan segalanya agar kami tak kesepian di hari tua?


6. Kami ingat memuji kamu selalu di waktu kecil hanya untuk hal-hal sederhana seperti mengucap huruf dari A sampai Z, berhitung dari satu sampai sepuluh. Namun pernahkah kamu memuji kami untuk hal-hal sederhana seperti mengantarkan kamu ke sekolah, menyiapkan makan malammu, atau menemani kamu tidur di waktu malam?


7. Kami tak akan mengganggumu mengambil keputusan nak, kami hanya orang tua yang memberimu saranana agar tidak bernasib seperti kami di masa depan. Tapi baiklah nak, selama kau tak keluar dari akidah…



8. Baiklah nak, tetapi jika aku tak boleh melakukan segalanya untukmu, mengapa kau marah dan merajuk ketika tak mendapatkan apa yang kau inginkan ketika kami tak mampu memberikan?


9. Bagi kami kebahagian kami haruslah menjadi kebahagiaan kamu juga nak, tetapi baiklah kalau kau menganggap kebahagiaanmu harus menjadi milikmu sendiri.


10. Sudah mampukah kamu mengikuti shalat tahajud ayah, sementara kamu tertidur lelap? Adakah kamu di rumah saat ayah shalat dhuha? Kaulah yang katakan kepada ayah bagaimana harusnya kau mengikuti ayah dalam beribadah.

p/s : SEBAGAI ANAK..HORMATILAH DAN SAYANGILAH IBU DAN AYAH KITER SELAGI MEREKA MASIH BERNAFAS DI MUKE BUMI INI....jadilah keluarga yang bahagia ...amin

10 PESAN ANAK TERHADAP ORANG TUA

1. Tangan saya masih kecil. Tolong jangan mengharapkan kesempurnaan setiap kali saya kemas tempat tidur atau melempar bola. Kaki saya masih pendek. Tolong ajar saya perlahan2 agar saya boleh berjalan bersama mak dan ayah.



2. Mata saya belum melihat dunia seperti yang Ayah atau mak lihat. Tolong izinkan saya mengenalinya secara aman. Jangan halang dengan halangan yang tak munasabah
3. Selalu akan ada saja urusan rumah tangga. Saya masih kecil untuk itu. Tolong luangkan lebih banyak waktu untuk menjelaskan  tentang dunia ini, dan lakukan secara ikhlas.
 4. Perasaan saya masih halus,sensitif terhadap ape keperluan. Jangan memarahi saya sepanjang hari.


5. Saya adalah hadiah yang istimewa dari Tuhan. Tolong perlakukan saya sebagai harta berharga, berikan bimbingan untuk semua tindakan saya. Beri saya panduan tentang cara menjalani hidup dan mendisiplin saya dengan cara paling baik.


6. Saya memerlukan dorongan dan pujian Ayah serta mak untuk membesar. Tolong jangan cepat mencela. Ingat, Ayah atau mak boleh mengkritik hal-hal yang saya kerjakan tanpa mencela saya.


7. Tolong beri saya kebebasan untuk membuat keputusan-keputusan mengikut diri saya sendiri. Izinkan saya untuk gagal sehingga saya dapat belajar dari kesalahan-kesalahan saya. Lalu suatu hari, saya akan bersedia untuk membuat keputusan-keputusan yang saa fikir perlu hidup dari saya.




8. Tolong jangan buat segalanya untuk saya. Kadang2, cara ini membuat saya merasa saya bukanlah harapan Ayah dan mak.Tolong jangan bandingkan saya dengan adik beradik saya yang lain.

9.Ayah dan mak jangan takut untuk berhibur..ini kerana mase ayah dan mak dah bnyak untuk saya dan adik beradik yang lain.tunjukkan kepada kami bahwa pekahwinan ayah dan mak sangat bahagia.


10. Tolong ajak kami beribadah dengan care yang di tuntuti..semoga saya dapat menjadikan ayah dan mak teladan yang paling baik dalam dunia.

Wednesday, February 16, 2011

CINTA BUTA



Dalam kehidupan aku melihat banyak sekali cinta buta….adalah ini mitos semate2...itu yang menjadi persoalannyer...mengikut akulah..saat kite mencintai seseorang..aper yang berlaku adalah perasaan kite..sedangkan secare logiknyer tanpa kiter sedari fikiran tak baper bak berfungsi...begitu juge aku....
Tapi..waktu kiter mencintai seseorang(katakanlah suami orang)..bleh ke kite menutup mate kite ni?agak mustahil...sangat2 mustahil...


"Cinta memang tidak punya mata…tapi kita punya mata hati"

Cinta boleh saja buta, tapi semoga saja hati kita yang tidak  menjadi buta…cinta yang menghancurkan kebahagiaan orang lain itu bukanlah cinta…mungkin klise jika dikatakan cinta tak harus memiliki….ada seseorang yang pernah mengatakan pada aku….cinta adalah saat yang boleh melepaskan dengan ikhlas orang yang kamu cinta, meskipun orang yang kamu cintai bersama orang lain bukan bersamamu….

Berbezakah cinta dan posesif..saat mencintai seseorang..korang tidak akan pernah takut kehilangannye..kerana cinta yang korang simpan itu selalu teguhdan kuat walaupun diri orang yang korang sayang tu tak bersame korang...tapi cinta itu akan berubah menjadi posesif jika korang mengharapkan balasan terhadap cinta yang korang berikan...macam tak ikhlas la tu!!!
Semuenyer bergantung kepada orang yang bercinta..pikiran setiap orang tuh tak same..dan bukan aku untuk meanjadi hakim dalam mengadili...korang boleh lakukan aper yang korang rase benar..

BUKANKAH DUNIA INI MENJADI INDAH KERANA PERBEZAAN YANG ADE..?


HANYE ANDA YANG DAPAT PIKIRKANNYER....

PEREMPUAN SIMPANAN

KEHENDAK ATAU NASIB...?

Aku tak anggap pompuan simpanan nih jahat..kiter sendiri kenapa dan aper sebab mereka menjadi pompuan simpanan..terdesak atau suke-suke..?mereka saja yang tahu...tapi dengan pandangan masyarakat kiter zaman skang..pompuan simpanan dapat di klasifikasikan sebagai pompuan yang ader hubungan dengan suami orang...betul ker?atau hanyer sebagai propaganda masyarakat kiter zaman skang..masih pedulikah orang lain terhadap masalah2 sebegini???ader juge yang berpendapat...mereka nak jadi ape,itu mereka punyer hal..kubur masing2..jangan nilai seseorang dengan pandangan lahiriah mereka sahaja...saper kiter untuk mengadili hidup mereka....

Untuk tajuk nih..aku dapat due cerita yang berkaitan..korang bleh bace dan pikirkan sendiri...PEACE!!!


CERITA PERTAMA :

SAYA wanita berusia 24 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Saya sudah bertunang dengan J sejak dua tahun lalu namun sehingga kini masih belum ada tanda-tanda kami akan bernikah. Saya ibarat digantung tidak bertali.Saya sudah tidak mahu ambil tahu lagi pasal perkahwinan ini. Sebelum bertunang saya pernah dirogol dan mengandungkan anak J tapi saya terpaksa menggugurkannya kerana desakan serta ugutan J, selain bimbang keluarga mendapat malu.Selepas peristiwa itu, dalam diam saya cuba merenggangkan hubungan dengan J dan tanpa dirancang saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua daripada saya bernama H. Dia berumur 40 tahun, sudah kahwin dan ada dua anak.Pada awal perkenalan H mengaku masih bujang sehinggalah suatu hari segala-galanya terbongkar. Namun, H menangis dan merayu kepada saya supaya tidak meninggalkannya. H memberitahu isterinya terlalu sibuk dengan kerja dan persatuan sehingga tiada masa untuknya serta keluarga.Kata H, keluarganya kucar-kacir. Dia dan isterinya kerap bergaduh. H mengatakan bahawa dia ikhlas ingin menjalinkan hubungan dengan saya. Kata H, dia terpaksa berbohong dirinya masih bujang kerana bimbang saya tidak melayannya jika saya tahu status sebenarnya.
Kata-kata H itu membuatkan saya kasihan dan simpati kepadanya. Saya rasa apa yang dikatakannya itu ada kebenarannya. Atas rasa sayang dan sudah jatuh hati kepadanya, saya juga tidak sanggup berpisah dengan H. Perhubungan kami berlanjutan sehinggalah kami kemudiannya terlanjur. H pernah mengajak saya bernikah dengannya di Thailand kerana dia tidak dapat menceraikan isterinya demi masa depan anak-anaknya.
Bagaimanapun, saya tidak bersetuju kerana saya tidak sanggup menyisihkan keluarga saya. Sekarang H menjadikan saya seperti perempuan simpanannya. Bila ingin memuaskan nafsunya H akan datang kepada saya............


CERITA KEDUA :

Aku terus dibuai nafsu nafsi... segala nasihat tak aku peduli...

kerja kerjaku aku buat tak reti... yang bermain difikiranku hanya ingin bersama dia lelaki yang ku cintai...
Buat pertama kali aku dipertemukan dengan si isteri... Aku dimaki hamun dibelakang dia oleh si isteri tanpa pengetahuan suami... Aku dicerca dan dicaci... Aku dihina di sana sini... Aku dipukul sesedap rasa oleh mereka yang busuk hati... Tetapi bila aku adukan perkara ini... Si dia tak mempercayai kerana si isteri pandai bersandiwara di depan suami kononnya sanggup berkongsi... Aku disahkan mengandung... .Ya Allah..dunia menjadi gelap seperti tak berpenghuni... ... .




Ending cerita.....korang pikir sendiri la....


Antara kehendak, pilihan atau nasib.....yg mana harus dipersalahkan....

CINTA INTERNET

Semue orang pernah bercinta..tak kire lah cinta tuh cinta monyet...zaman sekolah2 dulu...hehehee..ble dunia dah semakin maju,banyak teknologi canggih,banyak lah benda2 yang tak pernah kiter dengar..kiter bleh dengar..MASYAALLAH...aku tak cakap benda jahat...ikut aper korang nak pk ler....macam tajuk blog aku hari nih..CINTA INTERNET..skang ramai yang bercinta dengan komputer...hehehehee....maksud aku bercinta dalam internet...mule2 masuk laman chatting...pastuh add email dier..(ym atau fb atau lain2 lg)..pastuh tukar2 no phone...dan seterusnyer paham2 sudah...PEACE!!!




Apabila korang dah mula mencari pasangan dalam  Internet, dating menjadi sesuatu yang mudah dan menyeronokkan. Dating Internet telah menjadi sesuatu yang menakjubkan sebagai platform bagi semua orang untuk bertemu janji di internet dengan sesiapa sahaja dan menjadi satu gaya hidup masa kini. Ini kerana temujanji internet adalah cepat, jimat dan hebat dan menyediakan pelbagai pilihan dan merupakan pangkalan data yang luas bagi ahli-ahli yang aktif yang mana adalah sukar untuk menjalin temujanji dalam kehidupan sebenar. Salah satu kelebihan temu janji internet ialah kita boleh merahsiakan maklumat diri sebelum pergi lebih jauh mengenali sesama lain. Apabila kite mencari pasangan dalam internet dan bertekad untuk mencari cinta atau jodoh hidup, adalah perlu untuk kite memerhatikan maklumat diri yang diberikan pasangan temujanji internet korang tuh samada tepat dan tidak menipu. Korang boleh mencari pasangan temujanji di pelbagai laman internet yang menyediakan khidmat mencari pasangan. Anda boleh membaca profil tentang maklumat pelbagai manusia yang mencari jodoh diinternet dan disesuaikan dengan pilihan yang korang cari. Ada banyak beribu laman di Internet yang boleh memenuhi kategori atau gaya hidup yang korang nak. Ramai yang mudah membuat kesilapan dan menyedari bahawa pasangan temujanji di internet hanya ingin mencari pasangan seks bebas, gay atau lesbian. Ini bukan cara kita dan jika korang mencari hubungan jangkamasa panjang atau untuk dijadikan teman sehidup semati, maka korang harus hindari dari terus mengikuti laman-laman internet seperti ini. Hindari hubungan-hubungan sukar sebegitu.

Sunday, February 13, 2011

KAWAN ATAU LAWAN...???



ATAU



Tajuk yang aku pilih malam nih adalah skit2 bersangkut paut dengan diri aku...KAWAN atau LAWAN...?interesting kan??aku tak tujukan pada sesaper pun..ini adalah umum..jadi sape2 yang terbaca..tak kirelah pernah berkaitan dengan aku atau tidak, dan dier terase..ini hanyer lah secare kebetulan sahaja...tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia...PEACE!!!

Pada aku pemilihan kawan dalam berkongsi masalah adalah sangat penting, kerana kadang2 bagi yang kurang "BIJAK" dia akan terus menilai segala pandangan yang diberikan kawan mereka, lantas dianggap setiap pandangan itu relevan dan betul.Sedangkan setiap pandangan tersebut hanya bersikap Tunduk & Setuju dengan setiap luahan masalah kita..Mereka ini boleh aku klasifikasikan sebagai kawan kaki "Bodek" & "Ampu"..Mengiakan dan Tunduk mengikut macam "Anjing"..Yang kedua mengangguk dan mengikut tanpa mengusul pandangan umpama "lembu" dicucuk hidung dan yang ketiga memberi cadangan dalam keadaan mereka meletakkan diri mereka dalam masalah rakan yang berkongsi cerita, ini boleh aku klasifikasikan sbg "SAHABAT" Syaitan dan Iblis kerana sikap dan perangai mereka ini seangkatan dengan makhluk ALLAH yang dilaknat ini..

Puas aku pikir dari tadi...lagu aper yang sesuai nak aku masukkan dalam blog nih..yang berkaitan dengan tajuk aku malam nih...hahhhahaaaaa...dah dapat.....

LASKAR CINTA



wahai,jiwa jiwa yg tenang..

berhati-hatilah dirimu..
kepada..
Hati hati yang penuh..
dengan..
kebencian yang dalam
karena, sesungguhnya iblis..ada dan bersemayam..

Di hati yang penuh...
Dengan benci..dihati..
Yang penuh..
Dengan prasangka


LASKAR CINTA.. SEBARKANLAH BENIH BENIH CINTA.. MUSNAHKANLAH VIRUS VIRUS BENCI.. VIRUS YANG BISA RUSAKKAN JIWA.. DAN BUSUKKAN HATI.. LASKAR CINTA.. AJARKANLAH ILMU TENTANG CINTA.. KARENA CINTA ADALAH HAKIKAT DAN JALAN YANG TERANG BAGI SEMUA UMAT MANUSIA


jika..
kebencian meracunimu..
Kepada..manusia lainnya..
maka sesungguhnya iblis..
sudah berkuasa atas dirimu
maka..
jangan pernah berharap..
aku..
akan mengasihi..menyayangi..


Manusia manusia..
yang penuh benci..
seperti kamu..
Wahai jiwa-jiwa yang tenang..
jangan sekalikali kamu..
Mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan mengahakimi
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya.
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati..
Bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita
dan menjadi suku suku bangsa..yang pasti berbeda
bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata "




-DEWA 19-


Andai anda merupakan org tidak goyah ditiup badai sekalipun belum tentu anda tidak terpengaruh dengan nasihat "Iblis" yang memecah belahkan.Orang-orang tua ada kata bahawa "Kalau kawan dengan tukang api mesti terkena palitan apinya"..Bidalan ini jelas menunjukkan bahawa kawan mampu mempengaruhi pendirian kita..


Bagi aku dalam segala macam masalah biarlah kita selesaikan dengan cara yang betul dan bukan dengan lari daripada masalah yang mana lebih merosakkan.Kalau punya masalah dengan seseorang biarlah berjumpa secara bertentang dua mata agar masalah lebih difahami..Bukan aku menafikan fungsi kawan sebagai "perkongsi" masalah, tapi percayalah bahawa ia akan lebih me"ROSAK"kan kerana keadaan berat sebelah pasti ada...


Sekalipun punya masalah yang besar, bincanglah dengan orang yang tepat agar "Penyelesaian" ditemui..Setiap Kekusutan pasti ada jalan Keluar..dan Jalan keluar bukanlah dengan Perpisahan..


Cari lah kawan yang boleh Jujur dalam memberi pendapat kepada kita, sekalipun kita salah mereka membidas dan sekalipun kita betul mereka menyokong..Kalau setiap luahan dan pandangan kita mereka menyokong maka itu harus ditinggalkan sebagai kawan dan diishtihar sebagai LAWAN

Saturday, February 12, 2011

SIAPA AKU...????

Mase aku tulis blog nih..aku sedih sangat2..hati tak tenang..jiwa aku berantakkan..fikiran aku berkecamuk..kenapa???mungkin selame ini aku alpa..aku lalai dengan aper yang wajib aku lakukan..dah terdesak..dah susah...DIA..aku meminta...bagaimana nak kekal jiwa tuh sebagai hamba DIA yang taat..aper yang berlaku adalah balasan yang aku patut terima atas semue perbuatan2 aku..mase lalu..DIA beri aku dugaan sebigini...aku terima..aku redha..ADAKAH INI TAKDIR?..bolehkah diri ini mengubah takdir???aku hanyer insan kecil yang menumpang atas dunia..dan ble2 aku akan kembali kepadaNYA..YAALLAH...sayu nyer rase hati nih..dugaan aper ENGKAU berikan kepada ku...???

keliru dalam membuat keputusan?keliru dalam perhubungan?inilah aku skang..sedang keliru..aku dah cube selesaikan dengan baik..tapi masih aku keliru..pening kepale bile fikirkan..ini mengganggu emosi aku...

aku selalu fikirkan perasaan orang lain..kebajikan orang lain..tapi kenapa orang lain tak cube nak fahami aku?nak selami aper yang berada dalam hati aku?kenapa?aku tak salahkan orang lain,tapi adilkah untuk aku?terjagakah hati aku?perlukah aku hanye pedulikan perasaan dan hati aku sendiri jew?aku tak tahu..



aku dah puas menangis..dan puas merana..dah bnyak terseksa..aku dah cube jadikan diri aku yang terbaik..untuk diri aku dan untuk orang lain..hati aku dah puas merintih..puas merayu..air mata tetap menitis..



aku lagi sedih ble orang yang aku sayang melemparkan SIAPA DIRI AKU...DARI MANA ASAL USUL KU..aku sedar diri..TERIMA KASIH KERANA INGATKAN AKU..



PUTUS ASA..bukan aku saja yang alami..semue manusia akan pernah merasa putus asa..rase down sgt2..rase mcm hidup nih dah tak berguna lagi..rase mcm dah xde orang peduli,dah xde orang sayang aku..aku rase seperti hidup keseorangan...hidup sepeti orang terbuang...



bile dah ade perasaan putus asa dalam diri..aku jadi benci..benci dengan diri sendiri..benci dengan semue orang..benci dengan keadaan sekeliling..BENCI..



Tapi sebagai hamba ALLAH..aku masih tahu tanggungjawab aku..aku punya tanggungjawab kepada orang tua aku..tanggungjawab kepada keluarga aku..dan tanggungjawab aku untuk mase depan diri aku...jadi aku kena kuatkan semangat..aku kena jadi kuat..aku tak boleh putus asa..aku kena tabah...

Aku perlukan cinta dalam hidup aku..cinta sangat penting untuk perjalanan hidup aku..cinta yang akan kuatkan hati aku..kuatkan diri aku..cinta aku untuk ALLAH..cinta aku untuk mak ayah aku..cinta aku untuk adik beradik aku..dan cinta aku untuk lelaki yang akan menjadi pelindung aku..



Bile aku dah tahu siapa diri aku..asal usul aku..aku dah perbaiki diri menjadi lebih baik..aku dah menjadi hamba ALLAH yang taat..aku dapat jalankan tanggungjawab aku dengan baik..aku dah menjadi seorang yang kuat hati..aku dah punya lelaki yang menyayangi dan terima aku seadanya..dan aku dah punya cinta yang aku ingini....BAHAGIA MILIK AKU...INSYAALLAH

Friday, February 11, 2011

TEMPOYAK

Actually aku sangat teruja dengan tempoyak nih..boleh kate hari-hari aku makan tempoyak..Tak kirelah sambal tempoyak atau gulai tempoyak itu sendiri..Hidup aku dari kecik makan tempoyak..Aku sangat suke akan tempoyak..Asal usul tempoyak nih adalah dari buah DURIAN..Aku sendiri tahu mcm maner nak jadikan durian tuh tempoyak..korang tahu????hehehehehe...Tak susah nak buatpun..ada durian dan garam besar konpem jadilah tempoyak..Kalau musim durian,makaku mesti buat tempoyak...tak bnyak sikit mesti ader..Bukan nak jual,tapi untuk makan sendiri...Dapatlah buat stock..
Kalau cakap pasal tempoyak nih takkan habis.Melainkan cube sendiri..Kat umah akulah,mesti masak..wajib..

gulai tempoyak ayam


sambal ikan bilis tempoyak

gulai tempoyak ikan patin

sambal tempoyak + ulam-ulam

sambal tempoyak tumbuk

Mase aku ngah taip pasal tempoyak nih,meleleh air liur aku...lapar....perut dah bunyik2...walaweiiii....sedap...Kalau time kenduri kendara tak kisahlah kenduri kawen,kenduri bertunang,ataupun cukur jambul..gulai tempoyak mesti jdi satu kemestian kat tempat aku..Tempoyak dah menjadi hidangan yang penting...takde tempoyak,tak cukup syarat...Aku sendiri membesat dengan makan tempoyak..hehehhee...sape-sape yang tak suke makan tempoyak..memang rugi..nak tahu sedap atau tidak...korang kena cube...siauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

HIDUP TEMPOYAK...

Thursday, February 10, 2011

DERITA MERINDU...dedicated to HIM...



L


Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


L
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..


P
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

L
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa