I APPRECIATE THEM..

Monday, February 21, 2011

KESAN MEROKOK

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.





Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.


Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.


Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.


P/S: INI NASIHAT UNTUK AKU GAK..JIKA ANDA SAYANGKAN ORANG KESAYANGAN ANDA..NASIHATILAH MEREKA UNTUK BERHENTI MEROKOK...

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok



2. Yakinkan diri


3. Buat nota peringatan


4. Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"


5. Sentiasa berfikiran positif


6. Dapatkan sokongan


7. Lawan keinginan untuk merokok


8. Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai


9. Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
 
FAEDAH BERHENTI MEROKOK
 
1- Dapat menghindari racun



2- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok


3- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak


4- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak


5- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat


6- Meningkatkan deria rasa dan bau


7- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar


8- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

MEROKOK

untuk hari nih,ini adalah citer yang kedue..actually ini bukan citer tapi satu pandangan dan nasihat untuk perokok2 tegar kat luar saner..abang2 aku ramai yang meroko..tapi ayah kesayangan aku tak merokok...HIDUP ALIAS...hehehehe....PEACE!!!



PETUA BERHENTI MEROKOK

1. Melengah-lengah tabiat menghisap



2. Minum banyak air


3. Menarik nafas panjang


4. Membuat sesuatu


5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok


6. Mengunyah sesuatu


7. Membasuh tangan


8. Mandi dengan kerap


9. Melakukan senaman rengangan


10. Memohon doa

p/s:MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

BINI itu TV..MAKWE itu HANDPHONE

Aku ada benda best nak share dengan korang. artikel ni aku dapat dari website bahasa inggeris.. Untuk memudahkan pemahaman korang aku dah translate guna bahasa aku.. hahaha baca ar…



Isteri bagaikan sebuah TV
Makwe bagaikan sebuah HENFON


TV hanya boleh ditonton di rumah
HENFON boleh dibawak keluar


Kalau takde duit, boleh jual TV
Kalau ada duit boleh tukar HENFON


TV boleh tonton kadang-kadang je.
HENFON memang best dan seronok diguna selalu


TV siarannya masih ada yang percuma
HENFON kalau tak topup, alamatnya tak hidup le kredit korang…


TV kebanyakkan besar dan cepat jadi buruk serta membosankan
tapi HENFON comel, slim, ada bentuk dan boleh bawak ke mana-mana je


Kos nak repair atau guna TV murah je
Maintenance HENFON kengkadang tinggi dan demand


TV ada remote control
HENFON of course lah takde remote


Yang paling penting, HENFON ada komunikasi dua hala (saling cakap dan dengar)
tapi TV hanya boleh dengar je, nak cakap dengan dia tak bleh..


Yang terakhir, TV takde virus, tapi HENFON banyak virus wooooo


P/S: untuk lelaki2..nak TV ker..nak HENFON..?..biler dah ader bini jangan pikir nak carik stock geli2...tembak nanti...huh!!