MEROYAN....?Satu tajuk yang aku anggap best untuk di tulis dalam blog nih...mungkin ramai yang tak tahu aper sebenarnyer meroyan tuh...dan ade juge dikalangan kiter yang terkena penyakit meroyan nih...mase aku tulih blog nih,pukul 12.41am...wah!!!!!!midnite tau aku tulis...tapi ramai yg tak tdo lg...sebab anak2 buah aku sedang melayan citer HANTU KAK LIMAH BALIK UMAH....giler...aku dah tgk td...sebab tuh aku tak tgk....Sebelum tuh aku nak wish HAPPY CHINESE NEW YEAR....untuk semue yang berbangse cine....PEACE!!!!!
Jangan pelik ek...kenapa tetibe aku nak post citer MEROYAN nih...ngeh..ngeh...ngeh....
Meroyan merupakan salah satu penyakit gangguan mental yang serius. Ia bemula dalam masa antara 2 hingga 3 hari selepas seseorang wanita bersalin. Namun ia boleh berlarutan untuk jangka masa yang lama sekiranya tidak mendapat rawatan. Biasanya, ia dialamai oleh wanita yang pertama kali bergelar ibu. Bagaimanapun, gangguan ini jarang terjadi. Dianggarkan hanya seorang atau dua saja wanita yang mengalaminya dalam setiap 1,000 wanita yang melahirkan anak.
Biasanya mereka yang mengalami masalah ini sering kali merasakan diri tidak bagus dan tidak layak menjadi ibu. Pada peringkat awal mereka berasa sedih, enggan makan dan minum. Lama-kelamaan merasakan ada orang yang ingin mencederakan atau membunuh bayi dan dirinya. Gangguan mental yang lebih dikenali sebagai meroyan di kalangan orang Melayu ini juga mempunyai banyak nama lain dalam istilah perubatan. Ia juga dikenali sebagai peuperal psikosis atau postpartum psikosis. Risiko kemungkinan seseorang mengalami meroyan ini lebih tinggi dan meningkat menjadi 2 kali ganda di kalangan wanita yang pernah mengalami psikosis. Manakala, wanita yang mengalami gangguan bipolar pula dianggarkan antara 20 hingga 50 peratus lebih tinggi daripada wanita yang mempunyai sejarah skizofrenia. Psikosis, merupakan satu keadaan di mana individu terbabit ‘hilang’ sentuhan dengan dunia nyata. Wanita terbabit biasanya mendengar suara-suara halus, melihat ’sesuatu’ yang tidak dapat dilihat orang lain juga sering rasa bersalah tanpa sebab.(Petikan dari pakar)
Terdapat satu kes pernah berlaku di Australia dimana seorang ibu telah membunuh 4 orang anaknya akibat kemurungan yang melampau… 3 orang anaknya dijumpai di atas katil bilik tidur mereka dengan beberapa kesan tikaman di badan, Manakala anak seorang lagi ,berusia 4 tahun dijumpai lemas didalam bilik air,haru biru jadinya..Apabila suaminya pulang dari kerja. isterinya hanya mampu menangis dan berkata..”Bukan dia yang bunuh” namun forensik mengesahkan si isteri yang membunuh anak-anaknya..ini semua akibat meroyan…Bahaya bukan?
No comments:
Post a Comment