I APPRECIATE THEM..

Monday, November 15, 2010

SESUATU YG SEDERHANA,BERSIFAT SEMENTARA

Perasaan sedih dan gundah terkadang menimpa orang yang ditinggalkan orang yang dicintainya.Mungkin orang yang disayangi dan dicintai mereka meninggal dunia,hingga menyebabkan mereka terasa kehilangan yang amat sangat.Hidup mereka kekosongan dan tiada beerti apabila orang mereka ssayangi dan cintai pergi buat selama-lamanya.Mereka terfikir bagaimana caranya untuk menyambung hidup tanpa orang yang dicintai dan apakah perasaan sedih akan membunuh?
Kita sering terdengar cerita-cerita yang mengisahkan bahawa manusia boleh mati disebabkan badai kesedihan yang melanda diri.Akan tetapi sesiapa pun yang merasakan kesedihan yang dahsyat akan merasakan dirinya terseksa walaupun pada hakikatnya dia tidak terbunuh.Jasad mungkin tidak terbunuh,tetapi keceriaan hidup itulah yang sebenarnya dibunuh oleh perasan sedih.Dengan demikian,sedikit di kalangan kita yang mahu berbicara tentang kesedihan pada zaman sekarang.
Kita biasanya membahaskan perkara berkait kesedihan berdasarkan bahawa ia merupakan sebahagian daripada gangguan jiwa.Pada zaman sekarang munculah pelbagai istilah baru bagi ungkapan rasa sedih.Antaranya,adalah kesedihan berganda atau kesedihan yang menyakitkan.Kesedihan terakhir inilah yang di rasakan oleh kebanyakan orang.
Mungkin saja hal tersebut disebabkan oleh kehilangan orang yang sangat dicintai,lalu menangisi pemergiannya berhari-hari bahkan berminggu-minggu.Banyak juga antara mereka yang kelihatan seolah-olah menghidap sait jiwa yang pada hakikatnya ia tidak perlu ubat penenang.Dan tidak sedikit juga daripada mereka yang sampai terganggu kesihatannya.

SUPAYA GELISAH BERNILAI IBADAH
DR.IBRAHIM FIQHY

No comments:

Post a Comment