I APPRECIATE THEM..

Thursday, February 17, 2011

5 Ciri-ciri LELAKI yang dijauhi WANITA

Bagi kaum wanita di luar sana, susah tak untuk korang mencari teman lelaki atau bakal suami yang almost perfect dan baik? Mungkin bak kata pepatah Inggeris, ‘like looking for a needle in a haystack’ atau terjemahannya ‘ibarat mencari jarum di dalam timbunan jerami’…huhu : -). Semua wanita nakkan bakal suami yang baik walaupun tak perfect, betul tak? Almaklumlah kerana lelaki itu akan menjadi ketua rumahtangga dan juga pelindung kepada isteri dan anak-anaknya kelak.
Pada zaman sekarang nie, agak sukar bagi seseorang wanita itu untuk mencari calon suami yang baik dan soleh, so wanita akan berfikir dua tiga kali sebelum mendirikan rumahtangga. Anyway, jom baca apakah ciri-ciri lelaki-lelaki yang akan dijauhi wanita …

 
1. Terlalu kedekut – lelaki camnie bahaya jugak nie. Ala-ala Tn. Hj. Bakhil macam dalam citer Labu-Labi tue la katakan:-) Actually, tak salah kalau you simpan duit sebab nak tukar kereta baru ker, rumah baru ker (jangan tukar bini baru, sudah:-p) Cuma jangan terlalu kedekut la sampaikan setiap kali keluar dengan si buah hati, si dia pulak yang kena bayar untuk segala-galanya. Tak adillah namanya tu kan? Anyway, kalau anda tengah saving pun, harap-harap ada la sikit bajet untuk digunakan semasa keluar dating, kan?



2. Hipokrit – ataupun suka berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar… and then it’s up to the lady whether to accept you or not, right?


3. Perasan hensem – hoho… ada ke lelaki camnie? Jawapannya… ader! Mungkin jugak jejaka yang mengaku hensem tu memang betul-betul hensem:-) Kalau iye pun, janganlah pulak anda menunjuk-nunjuk dengan anugerah yang diberi Allah s.w.t. tue. Bersyukurlah dengan aset yang anda miliki dan jangan menyalahgunakannya. Satu yang perlu anda tahu, mungkin anda perasan anda hensem, tapi bagaimana pulak di mata orang lain? Anyway, kehenseman seseorang tidak dapat menjamin kebahagiaan…beb!


4. Playboy – ah ha… wanita kena berjaga-jaga sikit dengan lelaki playboy atau ‘land croc’ a.k.a buaya darat’ nie.. huhu. Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…



5. Tak gentleman - aku bukan maksudkan ‘lelaki lembut’… sebaliknya istilah ‘gentleman’ tu bermaksud lelaki budiman. So, jangan salah faham pulak..:-) Sesetengah orang kata lelaki Malaysia nie ramai yang tak ‘gentleman’… betul ker? Cuba tanya diri sendiri soalan2 nie: Ketika tengah berasak-asak untuk naik bas, anda pun turut berasak sama ke atau bagi peluang kepada wanita dan golongan tua naik dahulu? Pernah tak anda membuka pintu kereta untuk teman wanita/isteri anda? Anda pernah ‘offer’ untuk angkat barang-barang ketika shopping? Ketika berjalan bersama-sama, anda akan pimpin tak tangan orang kesayangan anda? Ke anda just jalan terus jer…hinggakan jika kekasih terjatuh ke dalam lubang pun… korang tak sedar…Hmmm… bagaimana? So, guys… belajar2 lah untuk menjadi seorang lelaki budiman. Gerenti ramai wanita yang akan tertarik pada anda nanti!



P/S:Padanlah wanita pada zaman ini sukar sekali untuk bertemu pasangan mereka, kan? Bagi lelaki di luar sana pulak, khususnya kepada mereka yang ada menyerupai ciri-ciri di atas, harap mengambil iktibar daripada apa yang nak disampaikan di atas, okey :-)

No comments:

Post a Comment