Ini artikel lama yang aku dapat dari satu forum. Dan ada tukar nama supaya tak terkena kepada mana-mana pihak yang telah hidup atau pun yang belum mati.. PEACE!!!!
Tersebutlah kisah pada suatu hari, Encik Sepat sedang mengajar subjek ‘Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara’, beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing-masing tentang tajuk “Mengapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam”
Madu: Pada pendapat saya remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan untuk menyewa hotel.
Tomato: Saya tidak bersetuju, kerana ada dikalangan mereka yang berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.
Bawang: Mengikut firasat tok guru saya, mereka ni kelam kabut hingga tidak sempat mencari hotel atau tempat yg lebih sesuai dan yang paling penting mereka ni cetek tentang pengetahuan agama.
Garam: Saya tidak setuju Encik Lada, bahawa remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..
Bawang: Kenapa pulak? Bukankah mereka yang sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama atau tidak tahu menghayatinya.
Encik sepat: (bertanya kepada Garam) kenapa kamu tidak setuju dengaan pendapat cik Bawang tadi?
Garam: Sebenarnya mereka sangat arif tentang agama. Sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas dan jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.
Encik sepat: (dalam hati) rosak student aku sorang nie!!!
P/s: dunia-dunia…
hahahahahaha....kak yurn..wt lawak smbil menasihat lak..huhu
ReplyDelete