I APPRECIATE THEM..

Wednesday, February 16, 2011

PEREMPUAN SIMPANAN

KEHENDAK ATAU NASIB...?

Aku tak anggap pompuan simpanan nih jahat..kiter sendiri kenapa dan aper sebab mereka menjadi pompuan simpanan..terdesak atau suke-suke..?mereka saja yang tahu...tapi dengan pandangan masyarakat kiter zaman skang..pompuan simpanan dapat di klasifikasikan sebagai pompuan yang ader hubungan dengan suami orang...betul ker?atau hanyer sebagai propaganda masyarakat kiter zaman skang..masih pedulikah orang lain terhadap masalah2 sebegini???ader juge yang berpendapat...mereka nak jadi ape,itu mereka punyer hal..kubur masing2..jangan nilai seseorang dengan pandangan lahiriah mereka sahaja...saper kiter untuk mengadili hidup mereka....

Untuk tajuk nih..aku dapat due cerita yang berkaitan..korang bleh bace dan pikirkan sendiri...PEACE!!!


CERITA PERTAMA :

SAYA wanita berusia 24 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Saya sudah bertunang dengan J sejak dua tahun lalu namun sehingga kini masih belum ada tanda-tanda kami akan bernikah. Saya ibarat digantung tidak bertali.Saya sudah tidak mahu ambil tahu lagi pasal perkahwinan ini. Sebelum bertunang saya pernah dirogol dan mengandungkan anak J tapi saya terpaksa menggugurkannya kerana desakan serta ugutan J, selain bimbang keluarga mendapat malu.Selepas peristiwa itu, dalam diam saya cuba merenggangkan hubungan dengan J dan tanpa dirancang saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua daripada saya bernama H. Dia berumur 40 tahun, sudah kahwin dan ada dua anak.Pada awal perkenalan H mengaku masih bujang sehinggalah suatu hari segala-galanya terbongkar. Namun, H menangis dan merayu kepada saya supaya tidak meninggalkannya. H memberitahu isterinya terlalu sibuk dengan kerja dan persatuan sehingga tiada masa untuknya serta keluarga.Kata H, keluarganya kucar-kacir. Dia dan isterinya kerap bergaduh. H mengatakan bahawa dia ikhlas ingin menjalinkan hubungan dengan saya. Kata H, dia terpaksa berbohong dirinya masih bujang kerana bimbang saya tidak melayannya jika saya tahu status sebenarnya.
Kata-kata H itu membuatkan saya kasihan dan simpati kepadanya. Saya rasa apa yang dikatakannya itu ada kebenarannya. Atas rasa sayang dan sudah jatuh hati kepadanya, saya juga tidak sanggup berpisah dengan H. Perhubungan kami berlanjutan sehinggalah kami kemudiannya terlanjur. H pernah mengajak saya bernikah dengannya di Thailand kerana dia tidak dapat menceraikan isterinya demi masa depan anak-anaknya.
Bagaimanapun, saya tidak bersetuju kerana saya tidak sanggup menyisihkan keluarga saya. Sekarang H menjadikan saya seperti perempuan simpanannya. Bila ingin memuaskan nafsunya H akan datang kepada saya............


CERITA KEDUA :

Aku terus dibuai nafsu nafsi... segala nasihat tak aku peduli...

kerja kerjaku aku buat tak reti... yang bermain difikiranku hanya ingin bersama dia lelaki yang ku cintai...
Buat pertama kali aku dipertemukan dengan si isteri... Aku dimaki hamun dibelakang dia oleh si isteri tanpa pengetahuan suami... Aku dicerca dan dicaci... Aku dihina di sana sini... Aku dipukul sesedap rasa oleh mereka yang busuk hati... Tetapi bila aku adukan perkara ini... Si dia tak mempercayai kerana si isteri pandai bersandiwara di depan suami kononnya sanggup berkongsi... Aku disahkan mengandung... .Ya Allah..dunia menjadi gelap seperti tak berpenghuni... ... .




Ending cerita.....korang pikir sendiri la....


Antara kehendak, pilihan atau nasib.....yg mana harus dipersalahkan....

No comments:

Post a Comment