Entry nih palk aku nak share tentang asas untuk cantik la...simple but still nampak nice dan natural...x cayer...xper....tapi tetap bleh bace kan...kan....kan.....
MATA
Peliharalah mata dengan makanan yang berkhasiat yang kaya dengan vitamin A dan lutein serta selalulah menyegarkan mata dengan hirisan timun selepas selesai mencuci wajah.
BIBIR
Membasahkan bibir dengan air liur sewaktu bibir kering dan mengelupas akan memburukkan kelembapan bibir korang tuh.
BEDAK ASAS DAN BEDAK PADAT
Untuk memberikan tona kulit sekata dan lebih rata, pilihlah warna bedak asa yang satu tona lebih gelap dari kulit wajah agar noda-noda kat muke tuh bleh ditutup. Kemudian korang pilihlah bedak padat yang seakan warna kulit agar tona kulit korang tuh nampak sekata dan tak tompok-tompok serta nampak natural jerp.
PEMBAYANG MATA
Ini memang penting untuk pompuan...dan tersangat penting untuk aku..ia bersifat sebagai finishing untuk keseluruhan wajah. Salah pilih warna,wajah anda mampu berubah menjadi MIMPI NGERI...hahaha
POTONGAN BAJU
'empire waist' paling sesuai untuk digayakan oleh wanita yang ade masalah perut buncit atau bahagian bawah badan yang besar.
LIPSTIK
Pemakaian lipstik yang cantik adalah apabila disapu dengan menggunakan berus lipstik.
p/s : yurn sentiase ingin cantik..bagaimana anda..?
No comments:
Post a Comment